Monday, January 18, 2010

Sambungan Kronologi The Arrival : PHASE 3 kini dah bermula...




Memetik kata2 dari Noreagaa & Archernahr:
_________________________________________________________
"Phase 3" begins


Sept 29-2009


Firstly we would like to thank the absolute creator allah for blessing us with what was required to complete this film. Phase 3 will be gradually uploaded to this site, and well as youtube.com/noreagaaa , and youtube.com/achernahr. Another groundbreaking and riveting series from the creators of The Arrivals and The Divine Book. Phase 3 aims to set a new standard in online films. This production will (inshallah) wake up the world, and unite the people from every country, religion, culture or creed against injustice. A film by the people, for the people. Phase 3 is a WakeUpProject Film made up of 5 chapters. Directed by: Noreaga & Achernahr Video editing by: Bushwack , Purposefilms, Achernahr, Noreaga Animation & Graphics: Wolverine007 Scoring: Stoyan Ganev Narration: Schimitar Available on WakeUpProject.com, and will be released on dvd soon inshallah.
________________________________________________________

 Jadi diharap kepada semua supaya dapat mendownload video2 mereka ni dan sebarkan pada smua.....

http://wakeupproject.com/News.asp#19

Sunday, January 17, 2010

Lambang Masonic di Anugerah Juara lagu??






"There's something fishy going on here"...Hmm...agak mengejutkan...Anugerah Juara Lagu yang di tayangkan secara langsung di kaca TV  ini mengandungi unsur masonic??  Pe bukti nya??


All Seeing Eyes???

Memang ramai tak perasan kan?? Ingat macam xde pa pe je...tapi sebenarnya mengundang 1001 persoalan...kenapa??
Seperti mana yang diketahui,Free Mason dan secret society(anti-christ/dajjal helper) memang biasa mengunakan lambang mata atau "all seeing eyes" sebagai tanda pengenalan dan sign bagi diorang..
tp masalahnya di AJL kenapa mesti ada lambang tu jugak?? Ada lagi sign lain pulak tu....
Tengok pic di bawah...


                    
                        Checkered Floor & Unfinished Pyramid??                      

Memang de something la ngan pihak penganjur AJL ni...agak2 pe motif diorang "pinjam" sign dari secret society ni utk AJL di Malaysia?? Takkan sekadar nak bagi cantik stage kot?? Hmm....??



Free Mason di Malaysia???

Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku. Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia.Apa yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal ini. Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama meraka.



Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji.
Kuala Lumpur: 3 loji.
Pulau Pinang: 1 loji.
lpoh: 1 loji.
Kuantan: 1 loji.

Kuching: 2 loji.
Port Dickson: 1 loji.

Port Klang: 1 loji.

Taiping: 1 loji.

Kota Kinabalu: 1 loji.

Bangkok: 3 loji.
Pattaya: 1 loji.


Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja.Ini tidak termasuk lagi lodge-logde lain yang dibina di seluruh negara. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang.


Ini satu lodge di Johor. Ondaway ke Danga Bay anda pasti akan perasan bangunan ini.




Gambar-gambar Freemason dari Pulau Pinang





 

 Lodge di Kelab Rotary Ipoh

Free Mason di Malaysia telah lama wujud dan dah berakar umbi di Malaysia..mungkin sukar untuk kita percaya kan?? Tapi ini memang kebenarannya...Lodge di Ipoh (Kelab Rotary Ipoh) ini adalah salah satu bukti yang Free Mason sudah lama bertapak di malaysia dan kemungkinan ahli2nya sudah berakar tunjang dalam sistem negara kita...bangunan ini masih beroperasi kerana kadang2 kita dpt lihat kelibat org2 kenamaan yang keluar masuk di kawasan itu..entah apa agaknya agenda diowng erk??



Bagi sesiapa yang dah menonton atau mengikuti dokumentari Wakeup Project (The Arrival)  pasti tahu akan pengaruh secret society ini dalam masyarakat... Apakah kegunaan Free Mason Malaysia ni?? Dan kenapa tak pernah dengar tentang sumbangan atau aktiviti mereka kalau mereka ni pertubuhan yang sah dan ikhlas??









Free Masons (1)

Freemason. Mungkin ramai antara korang dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia.. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta ini.Malaysia... Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason.. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason. Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi. Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Saya akan update lagi pasal Freemason ni nanti. Untuk kali ini aku akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat mereka.



Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... program ini dlm istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi....

Program pertama.
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :

Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan kepada kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya....
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti)...
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu....
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.....


Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin...mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin...
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur....
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya..
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry....
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang....
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain...antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya....



Program kedua.

dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan menyerukn 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad...antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry....

Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat..dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya...Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran 'Ahmadiah' itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme....

- Kes-kes 'aliran sesat islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni..

Program ketiga...
dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan...
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason....
- Mendukung teori2 bertentangan.....
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain...



Program keempat...

dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas...
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker)..
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah...
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'...
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik.... AF,Malaysian Idol, OIM...
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya...
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum....

Program kelima....

dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa....
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi....

Program keenam...

dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).....
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.....



Program ketujuh...

dinamakan 'PROTOKOL'
- dalam istilah Freemasonry...protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol...isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia...diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi...dengan program protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia....

Program kelapan...

disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan...pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat... jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan....
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempt2 maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.....
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus....



Program kesembilan...

dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing....
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam...
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.......

Program kesepuluh...

dinamakan 'QORNUN' :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry....
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama...memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).....
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry....
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat... bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi... kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya....


Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain....


Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason.. masa zaman pnjajahan British dulu bermulanya kemasukan Freemason ke dalam negara kita....


http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/06/freemason

Free Masons

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.
Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.
Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.


Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus. Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.
Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!
Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.



Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.


Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Free Mason?? Anti-Christ?? Secret Society??

Apa dia sebenarnya Free Mason?? Secret Society?? Anti-Christ?? Untuk pengetahuan sesiapa yang masih baru tentang hal2 berkaitan komplot konspirasi terbesar di dunia ni, Free Mason adalah satu pertubuhan yang berasal dari Eropah (ada juga yang berpendapat ia berasal dari Knight of Templar dari Jerusalem) dan tersebar ke seluruh dunia (ahlinya mencecah 5 juta orang). The Free Mason dipercayai memegang rahsia2 terbesar kerana kebanyakkan Presiden Amerika merupakan ahli-ahli dari pertubuhan ini.


 




Free Mason adalah satu pertubuhan rahsia yang tidak diketahui maksud sebenar penubuhannya, malah ia juga mengandungi banyak simbol rahsia/secret sign yang mencurigakan. Misalnya seperti tanda "The All Seeing Eyes" dan piramid separuh. Simbol "All Seeing Eyes" ini mengingatkan tentang satu hadis nabi:

Sabda Rasullulah:
Aku memberi amaran kepadamu mengenai dia (Ad-dajal) dan tiada Nabi memberi amaran kepada kaumnya tentang ad-dajal, tetapi aku memberitahu sesuatu yang tiada Nabi sebelumku memberitahu kepada kaumnya, ketahuilah ad-dajal itu bermata satu dan Allah tidak bermata satu.
(Sahih Bukhari)


Dajal adalah makhluk yang ditangguhkan matinya oleh Allah dan telah mengembara ke serata dunia. Sepanjang pengembaraannya dia telah meninggalkan jejak-jejak atau tanda-tanda yang dapat dikenalpasti oleh orang yang mahu dan rajin mengkaji dan meneliti. Pernahkah kita terfikir siapa arikitek terkenal dibelakang pembinaan Piramid, Babylon, Atlantis, Tembok Besar Cina, Stonehenge dan lain-lain binaan misteri keajaiban dunia termasuk Piramid Itza peninggalan kaum mayan yang mundur dan maju dan ghaib secara tiba-tiba? Kesemua tamadun ini meninggalkan satu mesej penting dari arkiteknya bahawa dia akan kembali pada satu masa nanti.

Puak Maya (Mayan) yang kuno telah didatangi seseorang yang mengajar mereka membina piramid dan ilmu astrologi sehingga mereka dapat mencipta satu kalendar bintang yang hebat dan meramalkan sesuatu yang besar akan berlaku pada 2012.
Dia yang hidup sekian lama sejak beribu tahun, tidak mati. menjelajah dari satu tempat ke satu tempat dengan meninggalkan dibelakangnya misteri-misteri. Rasulullah pernah mengingatkan bahawa tiada permukaan bumi yang tidak disinggahinya kecuali Mekah dan Madinah yang dijaga oleh malaikat.
Siapakah makhluk ini? Saya rasa anda semua sudah dapat meneka persoalan ini. Mari sama-sama kita menjejaki jejak-jejak yang ditinggalkan oleh makhluk genius ini.

                                                        





Di bangunan-bangunan tamadun kuno






Di gereja-gereja










Filem












Logo









Adakah semua tanda ini adalah satu kebetulan? Seek the truth !